DEFINISI KAUNSELING INDIVIDU
Terdapat pelbagai definisi kaunseling individu yang telah dihuraikan oleh beberapa pakar kaunseling.
A) Kaunseling individu merupakan sebagai satu perhubungan yang bersemuka di mana seseorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan dan perasaan klien.
Kamaruzaman Jamal dalam Abdul Halim Othman (1999)
Kamaruzaman Jamal dalam Abdul Halim Othman (1999)
B) Kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, hubungan bersemuka antara dua manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali dirinya sendiri, membuat keputusan dan pemilihan bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri.
Muhd Mansur Abdullah (1993)
Muhd Mansur Abdullah (1993)
No comments:
Post a Comment