诉说心语辅导坊欢迎您的浏览 永续发展素质教育~激发个人潜质~体现国家宏愿

通告

★☆ 欢 迎 光 临 博 爱 学 校 辅 导 坊 ☆★ SELAMAT DATANG KE BLOG BIMBINGAN SJK(C) PA YAI ★☆

Your Translator

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

春风化雨育英才 博爱教育创未来


widgeo.net

Monday 23 March 2015

PROGRAM GM1M DALAM VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (VLE) FROG SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak YTL Communications Sdn Bhd dan FrogAsia Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah program 1BestariNet akan menganjurkan Majlis Pelancaran Program Guru Muda 1Malaysia (GM1M) Dalam Virtual Learning Environment (VLE) Frog Sebagai Platform Pengajaran dan Pembelajaran.

Objektif program ini adalah untuk membantu melonjakan transformasi pendidikan negara dengan mengukuhkan profesion perguran di Malaysia. Sesi latihan interaktif akan disediakan untuk guru-guru muda di bawah usia 40 tahun dalam menggunakan teknologi Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran.

Melalui program ini, guru-guru muda yang terlatih bukan sahaja berupaya membimbing murid-murid dengan lebih efektif, tetapi juga akan berkongsi kemahiran yang dipelajari bersama guru-guru lain.

Program ini akan dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan majlis ini akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 24hb Mac 2015

Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari

Tempat : Grand Ballroom, Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh, Perak

点击以下链接下载 download excel file ---> Open ---> Ctrl+F---->(taip code sekolah untuk cari) SENARAI 2500 BUAH SEKOLAH YANG DIPILIH UNTUK PROGRAM LATIHAN GM1M VLE FROG

No comments:

Post a Comment

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SJK(C) Pa Yai 居銮博爱学校辅导坊

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...