诉说心语辅导坊欢迎您的浏览 永续发展素质教育~激发个人潜质~体现国家宏愿

通告

★☆ 欢 迎 光 临 博 爱 学 校 辅 导 坊 ☆★ SELAMAT DATANG KE BLOG BIMBINGAN SJK(C) PA YAI ★☆

Your Translator

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

春风化雨育英才 博爱教育创未来


widgeo.net

Thursday, 29 March 2012

Panduan Pelaksanaan Guru Penyayang

TUJUAN 

1.Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. 

KONSEP 

2.Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. 

3.Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. 

4.Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.
OBJEKTIF 

5.Objektif Guru Penyayang; 

5.1 Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru. 

5.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah. 

5.3 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah. 

5.4 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.

No comments:

Post a Comment

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SJK(C) Pa Yai 居銮博爱学校辅导坊

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...