诉说心语辅导坊欢迎您的浏览 永续发展素质教育~激发个人潜质~体现国家宏愿

通告

★☆ 欢 迎 光 临 博 爱 学 校 辅 导 坊 ☆★ SELAMAT DATANG KE BLOG BIMBINGAN SJK(C) PA YAI ★☆

Your Translator

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

春风化雨育英才 博爱教育创未来


widgeo.net

Sunday 19 April 2015

Tema Hari Guru 2015

Tema Hari Guru pada tahun 2015 ini adalah "Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak" telah mula diwar-warkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti sejak bulan Februari yang lalu. 

Tema Hari Guru tahun ini yang lebih menumpukan kepada aspek pembentukan akhlak dan sahsiah murid berteraskan ilmu dilihat bertepatan dengan kehendak dan keperluan semasa masyarakat sekarang.


Berikut adalah huraian kepada Tema Hari Guru 2015.

1. Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. 

Warga pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.

2. Peranan guru juga tidak terbatas hanya kepada menyampaikan kandungan silibus dalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui amalan pengajaran guru yang berpusatkan pelajar serta penggunaan bahan sumber secara berkesan.

3. Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013 - 2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.

No comments:

Post a Comment

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SJK(C) Pa Yai 居銮博爱学校辅导坊

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...