诉说心语辅导坊欢迎您的浏览 永续发展素质教育~激发个人潜质~体现国家宏愿

通告

★☆ 欢 迎 光 临 博 爱 学 校 辅 导 坊 ☆★ SELAMAT DATANG KE BLOG BIMBINGAN SJK(C) PA YAI ★☆

Your Translator

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

春风化雨育英才 博爱教育创未来


widgeo.net

Tuesday 2 April 2013

TEMA HARI GURU 2013 "GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA"

Salam Satu Malaysia, 

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari Guru 2013 telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri Pelajaran berhubung Tema Hari Guru 2013. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan tema yang telah dipersetujui oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah: 


GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA HURAIAN 

TEMA HARI GURU 2013 

GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN 1ASPIRASI

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional. 1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi. 

HURAIAN 1AGENDA: 

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara. 

No comments:

Post a Comment

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SJK(C) Pa Yai 居銮博爱学校辅导坊

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...